Jenis2 Bahan Pemekat
1. Roux
Roux adalah campuran lemak dan tepung yang bernisbah 1:1.
Lemak yang biasa digunakan untuk kegunaan rumah adalah mentega.
Roux mempunyai 3 peringkat masakan.
Setiap roux yang berbeza mempunyai ciri keunikannya dan kegunaanya tersendiri.
Kelikatan sesuatu sup atau sos hanya boleh dilihat apabila ia telah sebati dan dibiarkan sehingga merendidih
2. Liason
Liason pula adalah campuran krim putar dan kuning telur yang bernisbah 2:1.
Ia ditambah di akhir masakan untuk mendapatkan rasa sos yang pekat dan pelbagai rasa.
Liason dicampurkan dengan 1/3 daripada sos di dalam 'stainless steel mixing bowl' sebelum dicampurkan bersama keseluruhan sos untuk mendapatkan tekstur yang menarik dan mengelakkan bau hanyir telur.
3. White Wash
White Wash adalah campuran tepung dan air.
Ia merupakan teknik yang sudah lapuk.
Namun sesuai digunakan dalam keadaan terdesak dan ketiadaan bahan.
Ingat ! Membuat makanan memerlukan kreativiti semasa.
4. Beurre Manie
Beurre Manie adalah campuran tepung dan mentega yang diuli, juga dikenali sebagai 'The Lazy Chef's Roux'.
Ia digunakan dengan cara menceraikan doh2 menjadi ketulan2 kecil dan dimasukkan ke dalam sos yang sedang merendidih.
Perlu dimasak untuk tempoh yang agak lama untuk mendapatkan tekstur yang menarik dan tidak berketul.
5. Tepung Jagung
Ia mempunyai kuasa pemekat dua kali ganda daripada tepung biasa.
Nisbah campuran tepung jagung dan air adalah 1:1.
Setiap 1 liter sos memerlukan 60ml campuran tepung jagung untuk mendapatkan kelikatan yang terampil.
6. Tepung Ubi Kayu
Cara penggunaannya adalah sama seperti tepung jagung tetapi harganya lebih mahal.
Tepung Ubi Kayu juga tidak mempunyai rasa yang dapat mempengaruhi rasa masakan.
7. Farine
(akan diupdate)
8. Panade
(akan diupdate)
9. Emulsification
(akan diupdate)
10. Food Grade Gum
Ia merupakan bahan pemekat yang selalu digunakan dalam industri pengilangan makanan.
Mudah diperolehi di farmasi tetapi digunakan secara meluas di negara Malaysia.
Antara contoh food grade gum yang mudah diperolehi dan popular digunakan adalah Xanthan Gum.
No comments:
Post a Comment