Search This Blog

Thursday, 19 July 2012

Mari Berkenalan Dengan Bahan Pemekat !!

Jenis2 Bahan Pemekat

1. Roux
Roux adalah campuran lemak dan tepung yang bernisbah 1:1. 
Lemak yang biasa digunakan untuk kegunaan rumah adalah mentega.
 Roux mempunyai 3 peringkat masakan. 
Setiap roux yang berbeza mempunyai ciri keunikannya dan kegunaanya tersendiri.
Kelikatan sesuatu sup atau sos hanya boleh dilihat apabila ia telah sebati dan dibiarkan sehingga merendidih

2. Liason
Liason pula adalah campuran krim putar dan kuning telur yang bernisbah 2:1.
Ia ditambah di akhir masakan untuk mendapatkan rasa sos yang pekat dan pelbagai rasa.
Liason dicampurkan dengan 1/3 daripada sos di dalam 'stainless steel mixing bowl' sebelum dicampurkan bersama keseluruhan sos untuk mendapatkan tekstur yang menarik dan mengelakkan bau hanyir telur.

3. White Wash
White Wash adalah campuran tepung dan air. 
Ia merupakan teknik yang sudah lapuk.
Namun sesuai digunakan dalam keadaan terdesak dan ketiadaan bahan.
Ingat ! Membuat makanan memerlukan kreativiti semasa.

4. Beurre Manie
Beurre Manie adalah campuran tepung dan mentega yang diuli, juga dikenali sebagai 'The Lazy Chef's Roux'.
Ia digunakan dengan cara menceraikan doh2 menjadi ketulan2 kecil dan dimasukkan ke dalam sos yang sedang merendidih.
Perlu dimasak untuk tempoh yang agak lama untuk mendapatkan tekstur yang menarik dan tidak berketul.

5. Tepung Jagung
Ia mempunyai kuasa pemekat dua kali ganda daripada tepung biasa.
Nisbah campuran tepung jagung dan air adalah 1:1.
Setiap 1 liter sos memerlukan 60ml campuran tepung jagung untuk mendapatkan kelikatan yang terampil.

6. Tepung Ubi Kayu
Cara penggunaannya adalah sama seperti tepung jagung tetapi harganya lebih mahal.
Tepung Ubi Kayu juga tidak mempunyai rasa yang dapat mempengaruhi rasa masakan.

7. Farine
(akan diupdate)

8. Panade
(akan diupdate)

9. Emulsification
(akan diupdate)

10. Food Grade Gum
Ia merupakan bahan pemekat yang selalu digunakan dalam industri pengilangan makanan.
Mudah diperolehi di farmasi tetapi digunakan secara meluas di negara Malaysia.
Antara contoh food grade gum yang mudah diperolehi dan popular digunakan adalah Xanthan Gum.


Sunday, 15 July 2012

Apa itu Sos?



Adakah anda tahu ???

           Sos merupakan gabungan cecair, bahan pemekat dan bahan perasa.

           Anda perlu mengikut prosedur ini bagi menghasilkan satu sos yang mampu memikat selera sesiapa  sahaja yang memakannya :-

           Langkah 1
           Hasilkan stok yang enak dengan menggunakan teknik yang betul.

            Langkah 2
            Gunakan bahan pemekat yang sesuai dengan sos yang ingin disediakan untuk menghasilkan tekstur @ kelikatan, rasa dan warna yang dikehendaki.

            Langkah 3
            Gunakan bahan perasa dengan secukupnya untuk mencapai tahap rasa yang dikehendaki, sama ada rasa yang rendah (menghampiri tawar), sederhana, ataupun tinggi (pekat).


Tips penting : Semasa menumis bahan sos, gantikan minyak dengan mentega untuk mencantikkan warna sos yang akan terhasil. 

Kursus Penyediaan Makanan


Bagi melayakkan diri mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam Bidang Penyediaan Makanan, pelajar haruslah lulus modul2 berikut:-



             HANDLE FOOD ITEM
*      Sort Out Food Items
*      Store Food Items
PERFORM COOKING METHOD
*      Carry Out Dry and Moist Heat Cooking
            PRODUCE BREAKFAST
*      Prepare International Dishes
PRODUCE STOCKS AND SOUP
*      Prepare International Soups
PRODUCE APPETIZERS
*      Prepare Seafood Appetizers
*      Prepare Meat Appetizers
*      Prepare Hors D’ouevres and Canapes
PRODUCE SAUCE AND GRAVY
*      Prepare International Hot Sauces
*      Prepare Local Gravy
PRODUCE RICE DISHES
*      Prepare Compressed Rice
*      Prepare Glutinous Rice
*      Prepare Flavoured Rice
PRODUCE FARINACIOUS PRODUCT
*      Prepare Local Noodle Dishes with Gravy
*      Prepare Pasta Dishes
PREPARE MAIN COURSES
*      Prepare Seafood Dishes
*      Prepare Meat Dishes
*      Prepare Vegetarian Dishes
PRODUCE DESSERTS
*      Prepare International Dessert
*      Prepare Yeast Based Product
HANDLE CATERING ACTIVITIES
*      Set-Up Set Meals
*      Set-Up Action Stall Items